Monday 9 July 2012

Motivasi bersama Datuk Maznah Hamid

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIKA INI TERJADI PADA ANDA, 
APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN?!

JIKA SUAMI ANDA MEMBISU
Mungkin dia sedang menghadapi masalah atau merajuk dengan anda. Cuba anda dekati. Dengari. Duduk bersama2 mencari jalan penyelesaian. 

Kalau dia merajuk , pujuklah dia dengan penuh kasih sayang. Ceriakan suasana supaya dia bercakap dan mendekati anda. Doakan suami anda.

JIKA ANAK ANDA BERMENUNG
Pastikan dia tidak menghadapi masalah yang menekan mental dan emosinya. Dekati dia . Peluk dan bertanya samada dia menghadapi masalah dan memerlukan bantuan moral, sokongan rohani. Simpati. Jangan sekali2 biarkan dia bersendirian dalam Kemurungan. Temani dia. Isikan kekosongan hati dan jiwanya.

JIKA ANDA SEDANG MENCARI KERJA
Carilah kerja yang sesuai dgn. Minat. Kecenderungan. Kelayakan anda. Jangan fikir soal gaji dulu. Yang penting , tunjukkan kebolehan dan kesungguhan bekerja dan daya kepimpinan, pengurusan anda pada majikan.

Jika anda inginkan kepuasan diri. Cubalah bekerja sendiri dan kemudian jadikan diri anda seorang Usahawan yang Kreatif. Inovatif dan Cemerlang. Tulis dan tandatangan sendiri Cek Gaji anda!

JIKA ANDA DIMARAHI MAJIKAN, KETUA, BOS
Usah Melawan. Terima lah sikap majikan anda itu sebagai suatu pengajaran, dan petunjuk akan perkara2 yang tidak disukainya. Jangan ulangi perbuatan atau kecuaian yang boleh menyebabkan Bos anda memberi amaran terakhir. Pohon maaf. Muhasabah Diri. Jika tidak, elok berundur. Cari kerja baru yg. sesuai atau Bekerja Sendiri. Berniaga.

JIKA ANDA SEDANG BERCINTA
Pastikan individu itu benar2 menyintai anda 100%. Menerima anda seadanya. Jujur. Setia. Bebas dadah. Jenayah. Berkeupayaan menyara. Keperibadian mulia. Terpuji. Berketurunan baik2. Taat agama. Sesuai dan serasi dgn. anda.

Walauapapun Terjadi, jangan sekali kali 'Give Up' Menyerah pada Keadaan. Takdir dan Nasib yang menentukannya. Kerana Anda Bertanggungjawab Sepenuhnya di atas kebahagiaan. Kejayaan maupun Kegagalan dan Kesusahan Hidup Anda.
( Datuk Maznah Hamid )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bella: Semoga memberi manfaat kepada we all....

No comments:

Post a Comment