Sunday 11 November 2012

6 Ciri Lelaki Yang Mampu Memikat Hati Wanita

Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yg dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara2 lain selain tampan yg perlu ada pada seseorg lelaki utk menarik hati wanita. Antaranya,
1) Kebersihan diri perlulah di jaga Walaupun anda dilahirkan dgn wajah yg tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan spt contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.

2) Mempunyai gaya tersendiri Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.
3) Ada sikap lucu dalam diri Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension.

4) Bersikap prihatin Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
5) Selalu senyum Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yg memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yg hensem tapi muka nak masam jer 24jam.

6) Bersikap ‘cool’ Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yg disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yg tenang tetapi anda yg teruk menggelabah. Lelaki yg cool adalah lelaki yg dapat menghadapi segala masalah dgn tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

No comments:

Post a Comment