Wednesday 1 August 2012

Hafiz AF disaman RM200 ribu


1 Ogos – Bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro, Nur Haniza Mohd Azhar, 25, menfailkan saman terhadap juara Akademi Fantasia musim ke 7, Hafiz atas dakwaan telah menyebabkan kecederaan kepadanya.
Menurut laporan daripada Bernama, plaintif menamakan penyanyi yang popular dengan lagu 'Awan Nano' Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, sebagai defenden bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.
Nur Haniza menfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen menerusi Tetuan Boestaman Ahmad & Co.
Dalam tuntutan yang dibuat oleh plaintif, Nur Haniza mendakwa dia didatangi Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika dia sedang menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan 'Salih Yaacob Show' di Studio Filem Negara (FINAS) pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.
Nur Haniza kemudianya memberitahu dia telah menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasnya tetapi dia tetap didesak defenden untuk berbincang mengenai suatu perkara.
Nur Haniza mendakwa ketika dia sedang menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.
Disamping itu, Haniza mendakwa beliau juga telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas untuk penyanyi ini memohon maaf dan membayar ganti rugi, akan tetapi Hafiz nafi telah mencederakan beliau.
Akibat insiden tersebut, Haniza turut mendakwa beliau kini masih lagi merasa sakit di bahagian kaki kanan dan beliau juga telah hilang mata pencarian kerana namanya telah disenarai hitamkan daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro.
Dengan ini, Nur Haniza telah menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
More @yahoo.com

No comments:

Post a Comment