Tuesday, 10 July 2012

Jangan Berlebihan




Akibat jika banyak tidur
Terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan.Tubuh tidak memerlukan lebih daripada yang ia perlukan dan terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh menjadi lemah. Tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik kerana hasil kajian menunjukkan bahawa tubuh paling selesa jika hanya tidur selama tujuh jam. Tidak ada masalah jika tidur kurang dari tujuh jam sehari, misalnya enam atau lima jam sehari, tapi harus diingat bahawa adalah kurang baik untuk kesihatan bila anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama.
Oleh itu kalau selama ini anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Dapatkanlah tidur yang berkualiti dan yakinkan bahawa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesihatan anda.



Bila cuci tangan berlebihan
Kita memang disarankan agar mencuci tangan setelah melakukan kerja kerana ia dapat menghindari kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Bagaimanapun hasil kajian hospital Case Medical Center, Cleveland mendapati bahawa terlalu kerap mencuci tangan juga ada keburukannya. Ia boleh menyebabkan anda mendapat radang atau jangkitan kulit kesan daripada bahan pencuci tangan. Lantaran itu disarankan agar anda menggunakan pelembab setiap kali tangandicuci bagi mengelakkan tangan  kering dan mudah dijangkiti.

No comments:

Post a Comment